Gregorio Sempio del Pilar "Goyong " (14 November 1875 – 2 Disember 1899) merupakan ketua Tentera Revolusioner Filipina yang terlibat dalam Revolusi Filipina dan Perang Filipina-Amerika.
Beliau dikenali atas kelincahannya berperang, termasuk kemenangannya pada fasa pertama Pertempuran Quingua dan Pertempuran Laluan Tirad dalam perang Filipina-Amerika. Kedudukannya pada usia yang begitu muda turut menambahkan kepada kemasyhuran namanya.[1]